Marhusor do anggo ngolu na satokkin on


RSS

afrika selatan(Sepak bola kulit hitam)






Kunjungan ke Afrika Selatan bagi menyaksikan Piala Dunia 2010 memberi 1,001 keseronokan termasuk peluang melawat Taman Negara Kruger.


PEMINAT Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 bukan sahaja berpeluang untuk menyaksikan persaingan sengit antara pasukan handalan dunia, tetapi juga merasai pengalaman berharga di sana.

Pengurus legenda The Reds, Bill Shankly pernah berkata, bola sepak lebih penting daripada semua masalah yang melibatkan hidup dan mati.

Justeru, peminat yang berkunjung ke Afrika Selatan dan berkesempatan melawat Taman Negara Kruger sewaktu Piala Dunia kelak akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan falsafah Shankly tersebut.

Taman terbesar di Afrika Selatan itu merupakan salah satu tarikan utama pelancong dan pihak berkuasa mahu memastikan ramai peminat bola sepak boleh berkunjung ke sana.

Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik pengunjung ke negara itu pada masa akan datang.

Taman Negara Kruger, taman ketiga terbesar di Afrika terletak berhampiran dengan Nelspruit merupakan salah satu lokasi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Ia juga tidak jauh dari destinasi liburan, Polokwane.


Agensi pelancongan rasmi FIFA, Match Event Services menggunakan Kruger sebagai salah satu daripada tujuh hab pelancong atau perkampungan Match.

Di Kruger, peminat boleh menikmati pakej yang terdiri daripada pelbagai kemudahan. Antaranya mempunyai tiket untuk mengikuti pasukan kesayangan mereka dan menggunakan pengangkutan udara serta bas ke stadium.

Pegawai Match menyatakan, peminat yang menginap di Kruger boleh mengembara sehingga ke Cape Town untuk menyaksikan perlawanan dan kembali pada hari yang sama ke lokasi kem penginapan.

Lain-lain hab termasuklah Cape Town, pesisir pantai Garden Route dan paling menarik ialah Mauritius yang mengambil masa empat jam penerbangan dari Afrika Selatan.

Big Five

Pengurus projek Match, Ray Whelan memberitahu sebanyak 15,800 bilik telah disediakan untuk pakej lima hari dari Match di tujuh buah lokasi berasingan.

Pengalaman di Kruger terutamanya bagi peminat yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana sudah pasti akan menjadi kenangan paling bermakna.

Taman gergasi yang berjaya menarik kehadiran 1.4 juta pelancong itu merupakan salah satu taman tertua di Afrika.

KEM penginapan yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Kruger.

Ia mula ditubuhkan pada tahun 1898 dan meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi. Ia juga merupakan rumah bagi lima haiwan istimewa yang dikenali sebagai Big Five iaitu singa, gajah, badak sumbu, harimau bintang dan kerbau. Selain itu, Taman Negara Kruger turut didiami oleh 142 spesies mamalia lain dan 507 spesies burung.

Disebabkan jumlah haiwan pemangsa di Kruger, peminat berpeluang merasai pengalaman berdepan dengan haiwan liar lebih dekat di samping menyaksikan perlawanan sengit antara pasukan handalan dunia.

Wartawan-wartawan sukan yang menyertai program empat jam di safari menjelang Piala Dunia juga dapat menyaksikan pelbagai gelagat haiwan di taman tersebut.

Antaranya menyaksikan ibu zirafah menyusukan anaknya yang berusia beberapa hari, dua ekor harimau bintang ligat memanjat pokok dan seekor singa jantan yang cedera di kakinya.

Ikon Afrika

"Piala Dunia bukan semata-mata untuk bola sepak selama 24 jam. Tetapi, ia juga melibatkan aktiviti lain yang mengujakan seperti melawat ke Taman Negara Kruger," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kruger, Abe Sibiya.

Ujarnya, destinasi itu merupakan salah satu ikon terbaik di Afrika yang wajib dikunjungi oleh pelancong asing yang datang untuk memeriahkan Piala Dunia 2010.

"Sepanjang bulan Mei, Jun dan Julai, inilah tempat terbaik yang boleh dikunjungi. Malah, kami amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke sini," jelas Sibiya lagi.

PENGUNJUNG berpeluang mendekati haiwan liar di Taman Negara Kruger.

Kruger telah menyediakan tiga kem utama atau 30 peratus daripada kapasiti penuh. Untuk pakej Match, ia menawarkan lebih 1,000 katil setiap malam.

Di samping itu, mereka juga akan membenarkan pelancong ditemani untuk kembali ke kem masing-masing dalam suasana gelap dan menyediakan skrin besar di beberapa tempat untuk menyaksikan siaran langsung Piala Dunia.

Kebanyakan kemudahan bermalam di taman tersebut telah lama ditempah terutama pada Jun dan Julai yang sangat sibuk. Namun, hanya 500 orang pelawat sehari akan dibenarkan masuk menerusi 11 pintu pagar yang ada.

Whelan berkata, hampir semua pakej Kruger telah dijual sebelum sesi undian pada 4 Disember lalu dan sejak itu permintaan semakin meningkat.

Afrika Selatan pula telah memanjangkan cuti persekolahan musim sejuk bagi membolehkan mereka yang tidak mahu menyaksikan perlawanan secara langsung bercuti atau menyewakan rumah mereka bagi meningkatkan pelancongan domestik seperti Kruger. - Reuters




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar

Cerita Buram Dari Sebuah......

Tukeran Link(Copy Paste Kode ku ini)

Photobucket