Marhusor do anggo ngolu na satokkin on


RSS

Kasih Abang Kepada Seorang Adik(Renungan)


Biarlah saya ceritakan satu kejadian yang betul-betul berlaku beberapa tahun yang lalu. Saya berharap cerita ini dapat memberi gambaran yang jelas dan munasabah untuk memahami perkaitan kita dengan kematian Isa Al-Masih.


Pernahkah kita bertanya, "Apakah kaitannya kematian Isa Al-Masih di atas kayu salib itu dengan kita ?" Persoalan ini mungkin merungsingkan fikiran kita kerana sesetengah orang tidak percaya bahawa Isa Al-Masih pernah mati. Tambah lagi, mati untuk menebus dosa manusia ?! Tidak masuk akal langsung!







Beginilah kisahnya.

Di negeri Jerman, lahirlah dua orang anak kembar. ‘Kembar’ maknanya rupa kedua-dua anak itu sama. Si abang rajin belajar dan berkelakuan baik. Setelah lulus persekolahan rendah, menengah dan atas, ia pergi melanjutkan pelajarannya dalam bidang kehakiman. Beberapa tahun kemudian, ia dilantik sebagai seorang hakim makhamah rendah, dan tidak lama kemudian, naik pangkat lagi untuk menjadi seorang hakim makhamah tinggi.

Si adik pula malas belajar dan tidak berkelakuan baik. Ia tidak lulus persekolahan rendah. Setelah besar, ia bergaul dengan satu kumpulan jahat yang melakukan kegiatan haram. Pada suatu hari, ia mengikut kumpulan jahat untuk pergi merompak sebuah bank. Setelah habis melaksanakan rompakan, mereka pun meninggalkan bank. Semasa hendak keluar, mereka dapati yang mereka sudah pun dikepung oleh sekumpulan anggota polis dan cuba melarikan diri. Ahli=ahli kumpulan itu berjaya melarikan diri tetapi nasib malang menimpa si adik itu. Di dalam cubaannya hendak melarikan diri, ia melepaskan tembakan dan menembak mati salah seorang daripada anggota polis yang menghampirinya.

Akhirnya, si adik itu ditangkap oleh pihak polis dan dihadapkan ke makhamah. Tarikh perbicaraan ditetapkan. Perbicaraan si adik itu dihakimi oleh abangnya sendiri. Pada akhir perbicaraan itu, si abang yang menghakimi kes adiknya menjatuhkan hukuman mati ke atas si adik kerana didapati bersalah. Sesi pengadilan pun berakhir. Si adik dibawa balik ke penjara. Orang ramai pula pulang ke rumah masing-masing. Tetapi si abang yang juga tuan hakim bagi kes perbicaraan adiknya, tidak dapat tidur pada malam itu. Ia sangat sayangkan adiknya. Keesokan harinya, ia pergi melawat adiknya di penjara. Apabila mereka bertemu, si abang mencadangkan agar mereka bertukar tempat. Dia sanggup berbuat demikian kerana kasihnya kepada si adik sehingga rela mati untuk menggantikan tempat adiknya. Itulah yang berlaku pada malam itu. Mereka bertukar pakaian. Si adik memakai pakaian si abang dan sebaliknya. Hal ini berlaku tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Si abang tinggal di penjara. Si adik pula keluar meninggalkan penjara. Bila hari untuk menjalani hukuman sudah tiba, si abang, yang mati menggantikan tempat adiknya. Demikianlah kisah sebuah cerita yang menyayat hati.

Kita kembali kepada persoalan tentang Isa Al-Masih yang mati di atas kayu salib. Apakah kaitannya dengan kita?

Kita sebagai manusia telah berdosa, dosa yang patut dikenakan hukuman mati. Selagi kita berdosa, kita tidak dapat bergaul atau pergi dekat dengan Tuhan, kerana Tuhan itu kudus. Dosa yang telah kita lakukan mesti dihukum kerana Allah itu adil. Oleh kerana kasih-Nya yang berkelimpahan itu, Tuhan tidak sanggup membiarkan kita dihukum, dan dicampak ke dalam neraka selama-lamanya. Oleh itu, Tuhan Sendiri meninggalkan "makhamah penghakiman-Nya" dan turun ke ‘penjara’, iaitu dunia kita. Injil Yohanes bab 3 ayat 16 mengatakan, "Kerana Allah begitu mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup sejati dan kekal."

Isa Al-Masih, "abang" kita itu, dihukum mati atas salib, menggantikan kita, ‘adik-adik’-Nya yang dikasihi. Inji Yohanes seterusnya mengatakan, "Sebab Allah mengirim Anak-Nya bukan untuk menghakimi dunia tetapi untuk menyelamatkannya."(ayat 17). Sekarang manusia dapat bersukacita dalam hubungan mereka yang baru dengan Allah ,semata-mata kerana apa yang dilakukan oleh Isa Al-Masih bagi kita. Isa telah menyerahkan nyawa-Nya bagi dosa kita, dan dengan demikian menjadikan kita sahabat Allah.

Ada setengah orang tidak percaya yang Isa Al-Masih benar-benar mati akibat penyaliban-Nya di atas kayu salib. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana jika Isa Al-Masih tidak mati, kita belum lagi selamat dan tidak mungkin diselamatkan!

Persoalan yang perlu kita tanya apabila memerhatikan peristiwa ini ialah, "Bolehkah satu orang mati menggantikan semua umat manusia?" Jawapannya, "boleh".

Bacalah penjelasan lengkap akan hal ini yang diberi oleh seorang rasul yang bernama Paul yang dipetik dari Kitab Rom bab 5 :

"Ketika Nabi Adam jatuh ke dalam dosa maka dosa menjangkiti seluruh umat manusia. Dosanya menyebarkan kematian ke seluruh dunia; dan kerana itu, segala sesuatu menjadi tua dan mati, sebab semua telah berdosa. Tetapi Isa Al-Masih membawa pengampunan kepada banyak orang kerana kemurahan Allah. Dosa Nabi Adam yang satu itu mengakibatkan kematian bagi banyak orang, sedangkan Isa dengan cuma-cuma menghapuskan banyak dosa dan memberikan hidup yang penuh dengan kemuliaan."

Memang dengan dosa satu orang, maut mulai bermaharajalela. Tetapi alangkah lebih manfaatnya hasil perbuatan seorang lagi iaitu Isa Al-Masih! Tiap-tiap orang yang menerima rahmat Tuhan yang berkelimpahan dan pemberian kebenaran-Nya, akan hidup dan memerintah bersama-sama Dia. Inilah sebabnya orang Kristian berani mengatakan bahawa iman Kristian itulah satu-satunya jalan keselamatan dan jalan kepada kehidupan yang kekal di syurga.

Tidak ada jalan lain bagi si abang itu untuk menyelamatkan adiknya. Tuhan juga tidak mempunyai jalan lain. Isa Al-Masih menjadi pengganti kita. Demikian juga tidak ada jalan lain bagi si adik itu untuk diselamatkan kecuali melalui kerelaannya menerima pengorbanan abangnya. Demikian juga kita tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali menerima pengorbanan Isa bagi kita.

and to all those who believed Jesus...
Thank's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar

Cerita Buram Dari Sebuah......

Tukeran Link(Copy Paste Kode ku ini)

Photobucket